KUALA LUMPUR 2 Okt. – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan membentangkan kepada Kabinet hari ini mengenai masalah yang dihadapi penghantar makanan Foodpanda. Beliau berkata, isu itu akan dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkaitan perkhidmatan e-hailing dan ekonomi gig secara keseluruhannya. “Perlu ada sistem undang-undang yang menjaga mereka. Ini kerana syarikat terbabit mengawal hampir 90 peratus pasaran penghantaran makanan menyebabkannya memonopoli sehingga wujud…










