KUALA LUMPUR 3 Okt. – Sebuah konsortium yang diketuai oleh RRJ Capital telah menawarkan untuk membeli Plus Expressways Berhad iaitu syarikat pengendali lebuh raya terbesar di Malaysia dengan harga RM3 bilion (AS$716 juta) Dalam kertas cadangan yang dihantar kepada Khazanah Nasional, Pengerusi RRJ Capital, Richard Ong berkata, sekiranya cadangan pengambilalihan itu berjaya firma pelaburan itu akan menurunkan kadar tol sebanyak 20 peratus. “RRJ bersedia untuk bergerak segera dengan penasihat kewangan…










