KUALA LUMPUR – Suami kepada pelakon Sazzy Falak, Nazril Idrus patah tulang selangka dan retak tulang rusuk setelah terlibat dalam kemalangan semasa melakukan aktiviti berbasikal. Sazzy, 39, menerusi kemas kini laman Instagramnya memberitahu suaminya terjatuh dan cedera teruk ketika berbasikal bersama rakan-rakannya, termasuk Yasmin Hani dan Shahrin Razali. “Dua hari kebelakangan ini adalah hari yang paling panjang. Suami saya mengalami kemalangan ketika berbasikal yang mengakibatkan Collarbone (tulang selangka) sebelah kirinya…










