KLANG – Pasangan suami isteri ditahan selepas disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun sehingga mati di sebuah rumah di Jalan Yadi, di sini, Ahad lalu. Mangsa yang juga anak asuhan kepada pasangan tersebut disahkan meninggal dunia di rumah itu oleh pasukan perubatan akibat kecederaan pada beberapa bahagian badan. Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki kira-kira pukul…










