MILAN 2 Okt. – Jaringan lewat permainan Manor Solomon berjaya membantu Shakhtar Donetsk untuk bangkit daripada ketinggalan melakar kemenangan 2-1 ke atas Atalanta dalam Kumpulan C Liga Juara-Juara, semalam. Tuan rumah terlebih dahulu berada di depan pada minit ke-28 menerusi jaringan Duvan Zapata sebelum Junior Moraes menyamakan kedudukan, empat minit sebelum rehat. Ketika perlawanan seakan-akan berkesudahan seri, penyerang Israel, Solomon meledak gol kemenangan sekali gus membawa pulang tiga mata penting.…










