KUALA LUMPUR, 1 Okt. – Pemain catur nombor satu negara, Yeoh Li Tian menjadi sandaran utama Malaysia untuk meraih pingat emas, dalam sukan strategi minda itu di Sukan SEA Filipina yang dijadualkan dari 30 November hingga 11 Disember ini. Pemain berusia 20 tahun itu, yang berada di landasan tempat untuk mencipta sejarah sebagai Grandmaster pertama Malaysia, dilihat mempunyai bakat yang diperlukan untuk membawa pulang emas, dalam acara blitz lelaki. Yeoh…










