Keperluan bina hospital pakar Hulu Selangor tidak boleh lagi ditangguh

Keperluan bina hospital pakar Hulu Selangor tidak boleh lagi ditangguh

DR. Sathia Prakash Nadarajan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Cadangan pembinaan hospital kerajaan baharu di Petaling Jaya tidak boleh menjadi alasan untuk terus menangguhkan keperluan sebuah hospital pakar kerajaan di Hulu Selangor yang disifatkan semakin kritikal.

Penyelaras Parlimen Hulu Selangor, Dr. Sathia Prakash Nadarajan berkata, pembinaan hospital di Petaling Jaya sememangnya wajar diteruskan bagi memenuhi keperluan penduduk kawasan bandar, namun perhatian sama perlu diberikan kepada Hulu Selangor yang masih belum mempunyai hospital pakar kerajaan sendiri.

Beliau berkata, daerah itu yang meliputi hampir 20 peratus keluasan Selangor dan mempunyai kira-kira 300,000 penduduk berdepan peningkatan keperluan perkhidmatan kesihatan susulan pertumbuhan penduduk dan pembangunan perumahan baharu.

“Sehingga kini penduduk Hulu Selangor masih bergantung kepada Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Slim River dan beberapa hospital lain untuk mendapatkan rawatan pakar.

“Masa adalah nyawa. Kita tidak boleh terus membazir masa rakyat Hulu Selangor untuk mendapatkan rawatan pakar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, keadaan itu menyebabkan ramai pesakit terpaksa menempuh perjalanan jauh selain berdepan kesesakan lalu lintas, kesukaran mendapatkan parkir dan tempoh menunggu yang panjang.

Dr. Sathia berkata, situasi berkenaan memberi kesan lebih besar kepada golongan warga emas, ibu mengandung, pesakit kronik serta mereka yang memerlukan rawatan segera.

Katanya, sebahagian besar pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital besar bandar pada masa hadapan, termasuk hospital baharu di Petaling Jaya, dijangka datang dari kawasan luar bandar dan separa bandar seperti Hulu Selangor. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN