PUTRAJAYA 3 Okt. – Hampir 50 peratus atlet kebangsaan yang akan membawa cabaran negara ke Sukan SEA Filipina 2019 telah mendapat suntikan vaksin dan menjalani pemeriksaan kesihatan penuh di Institut Sukan Negara (ISN). Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Faedzal Md. Ramli berkata, pihaknya akan memastikan semua atlet kebangsaan selesai menjalani dua perkara itu sebelum ke temasya berkenaan yang berlangsung dari 30 November hingga 11 Disember ini. “Semasa mesyuarat pengurus pasukan…










