MILAN 7 Okt. – Gonzalo Higuain meledak jaringan kemenangan buat Juventus sekali gus memberikan kekalahan pertama musim ini kepada Inter Milan menerusi keputusan 2-1 yang menyaksikan juara bertahan itu merampas kedudukan pendahulu Serie A. Higuain yang dimasukkan sebagai pemain gantian meledak jaringan pada minit ke-80 selepas rakan senegaranya dari Argentina, Paulo Dybala menjaringkan gol pembukaan pada minit keempat di San Siro. Rakan senegara mereka, Lautaro Martinez menyamakan kedudukan buat Inter…










