JOHOR BAHRU 7 Okt. – Kerajaan negeri menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) akan menyemak semula dasar berkenaan golongan wanita di negeri ini menerusi inisiatif Dasar Wanita Johor 2020-2025. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung berkata, Pelan Tindakan Pembangunan Wanita Negeri Johor 1997-2001 yang diguna pakai ketika ini perlu ditambah baik. Menurutnya, semakan semula dasar tersebut juga selari dengan inisiatif Dasar Wanita Negara…










