KUALA LUMPUR 2 Okt. – Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah menolak rayuan VCB Capital Sdn. Bhd. terhadap keputusan untuk membatalkan Lesen Perkhidmatan Pasaran Modalnya (CMSL). Menurut SC, lesen VCB dibatalkan menurut seksyen 72(2)(a)(i) dibaca bersama dengan seksyen 64(1)(j), 64(1)(h)(v) Akta Pasaran dan Perkhidmatan Modal 2007 (CMSA) kerana mendapati cara VCB menjalankan perniagaannya menimbulkan keraguan kepada kecekapan dan pertimbangannya secara wajar sebagai pengurus dana. “Sehubungan itu, VCB didapati telah melanggar Garis Panduan…










