MENGENALI wanita ini, perjalanan seni yang ditempuhnya bukan semudah mematahkan sebatang pensil. Onak ranjaunya mungkin tidak semua mampu bertahan dan terus melangkah. Kontroversi bersilih ganti menjadikannya semakin kental dalam bidang seni lakon yang menjadi periuk nasinya. Namun, Uqasha Senrose kini lebih memilih berdiam diri mengunci mulut daripada berkata-kata. Bersua bicara dengannya setelah sekian lama, dia masih kekal manis dan sopan. Sesekali bergurau tentang ‘kesombongannya’, Uqasha terus menarik muka manja. Tidak…










