KUALA LUMPUR 2 Okt.- Rangka tulang dipercayai seorang lelaki ditemukan di Taman Sri Timah, Balakang dekat sini pada 16 September lalu. Rangka tulang yang tidak lengkap dan sempurna itu dipercayai dibunuh kira-kira enam bulan lalu sebelum ditemukan di lokasi kejadian. Siasatan mendapati mangsa dipercayai berusia antara 25 hingga 45 tahun itu memiliki ketinggian 176 sentimeter dan bertubuh sasa. Turut ditemukan, baju kemeja lengan panjang jenama Polo, seluar panjang dan seluar…










