KUALA LUMPUR 7 Okt. – Bagi menyokong usaha kerajaan menggerakkan ekonomi digital, peranan Pusat Internet akan terus diperkukuh dengan pelbagai program pembangunan modal insan baharu yang bersesuaian. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith berkata selain program pembelajaran ICT dan promosi pelancongan, beberapa program baharu seperti robotik, pembelajaran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) serta program e-Pembelajaran giat dijalankan. Beliau berkata, Pusat Internet itu juga terlibat dalam Program Jangkauan…










