IPOH 3 Okt. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak menyerbu sebuah premis membuat makanan ringan pelbagai jenama di Kawasan Perindustrian Pengkalan dekat Lahat ekoran menggunakan logo halal tamat tempoh semalam. Operasi bermula pukul 12 tengah hari dan berjalan sehingga kini, disertai oleh 10 anggota penguat kuasa KPDNHEP Perak serta dua pegawai dari Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP negeri, V. Ravichandran…










