KUALA LUMPUR 7 Okt. — Sebanyak 60 kes telah diselesaikan dengan penggunaan laporan bank data asid deoksiribonukleik (DNA) oleh Polis Diraja Malaysia(PDRM) sekali gus mampu menjejaki penjenayah untuk kes yang berusia 20 tahun. Kes yang berjaya diselesaikan itu berpandukan sejumlah 100,000 profail DNA yang diperoleh dari Laporan Bank Data DNA Forensik Malaysia (FDDM) sepanjang tahun 2013 sehingga 2018. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, FDDM menyimpan semua profail…










