LONDON 2 Okt. – Mauricio Pochettino meminta tempoh bertenang selepas Tottenham mengalami kekalahan memalukan 2-7 kepada Bayern Munich dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. Ini adalah kekalahan terbesar Spurs di tempat sendiri, dan sejurus wisel tamat permainan ditiupkan hampir separuh stadium kosong. Tottenham juga membenarkan Bayern melakukan 20 percubaan ke gawang mereka, dan tujuh daripadanya menghasilkan jaringan, sekali gus memahat sejarah terburuk buat kelab London itu di pentas Eropah.…










