LONDON 8 Okt. – Mustahil Tottenham Hotspur memecat pengurus mereka Mauricio Pochettino. Itu pandangan bekas pengurus kelab berkenaan, Tim Sherwood yang optimis jurulatih warga Argentina berkenaan akan kekal lama bersama Spurs biarpun berdepan prestasi tidak menentu pada musim ini. Tambah Sherwood, Pochettino juga adalah individu sesuai bagi membawa kembali Spurs ke landasan sewajarnya. “Bagi saya Pengerusi Tottenham Hotspur, Daniel Levy adalah individu paling bijak dalam dunia bola sepak malah saya…










