PUTRAJAYA 3 Okt. – Kenyataan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) hari ini tidak bermaksud sistem percukaian itu akan terus dilaksanakan semula, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Menurut laporan media yang dibacanya, Saifuddin Nasution menjelaskan bahawa apa yang dimaksudkan Dr. Mahathir ialah kerajaan hanya akan mengkaji keperluan untuk memperkenalkan semula sistem GST jika perkara itu…










