KUANTAN 4 Okt. – Seorang peniaga terpaksa berputih mata apabila kerugian RM11,660 akibat ditipu sindiket pinjaman wang tidak wujud menerusi laman sosial Facebook. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, sekitar bulan lalu, mangsa berusia 42 tahun melayari Facebook dan berminat dengan satu iklan pinjaman wang. Katanya, mangsa berurusan dengan ejen daripada syarikat yang menawarkan pinjaman peribadi untuk pinjaman sebanyak RM25,000. “Ejen itu meminta mangsa…










