KUALA LUMPUR 4 Okt. – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menubuhkan cabang modal teroka, Petronas Corporate Venture Capital (CVC) untuk memacu inovasi teknologi dan mengekalkan kelebihan daya saing bagi menyokong perniagaan minyak dan gasnya untuk meningkatkan lagi pertumbuhan. Petronas dalam satu kenyataan hari ini berkata, dana sebanyak AS$350 juta telah diperuntukkan bagi Petronas CVC untuk menyasarkan pelaburan langsung dalam syarikat pemula niaga teknologi dalam industri 4.0, bahan-bahan canggih dan kimia khusus,…










