KUALA LUMPUR 6 Okt. – UMNO tidak bersetuju subsidi harga petrol melalui mekanisme yang dilaksanakan ketika ini diubah kepada subsidi petrol bersasar. Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, mekanisme sedia ada perlu dikekalkan kerana petrol merupakan keperluan semua peringkat rakyat. “Penerima BSH (Bantuan Sara Hidup) tidak banyak guna petrol. M40 yang banyak. Kita tidak setuju sistem sekarang diubah,” katanya seperti dipetik portal Sinar Online semalam. Menteri Perdagangan Dalam…










