KUALA LUMPUR 2 Okt. – Kerajaan digesa mempertimbang cadangan pelaksanaan Akta Peluang Saksama berdasarkan keperluan, selaras dengan matlamat asal Wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang menyasarkan pertumbuhan ekonomi inklusif serta mampan. Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, sudah tiba masanya akta itu diperkenalkan dan menubuhkan Suruhanjaya Peluang Saksama bagi memantau dan menguatkuasakan akta berkenaan. Menurutnya, aspek ‘berdasarkan keperluan’ itu merujuk…










