KUALA LUMPUR 4 Okt. – Sistem insurans pekerjaan (SIP) yang diperkenalkan Kementerian Sumber Manusia perlu diperluaskan fungsinya meliputi golongan yang masih bekerja tetapi tidak menerima gaji akibat kegagalan majikan mengurus syarikat dengan baik. Timbalan Presiden FOMCA, Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, pekerja tidak sepatutnya menjadi mangsa keadaan (syarikat bermasalah) kerana dalam masa sama, mereka tidak dapat lari daripada menanggung segala perbelanjaan harian termasuk membayar pinjaman rumah dan kereta. “Perkasakan fungsi…










