SABAN tahun, ketibaan Oktober lazimnya diperingati sebagai Bulan Kesedaran Kanser Sedunia yang sinonim dengan julukan Pinkoktober. Begitupun, tanpa mengira waktu, Yayasan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA) yang merupakan pertubuhan sukarela yang ditubuhkan sejak 1986 setia memberi sokongan psikososial bagi membantu pesakit kanser payudara. Presidennya, Ranjit Kaur berkata, pihaknya aktif turun padang mengendalikan pemeriksaan secara klinikal yang dilakukan jururawat terlatih. “Selepas pemeriksaan, jika didapati seseorang individu dikesan menghadapi masalah, mereka akan…










