LONDON 3 Okt. – Unai Emery menggesa Nicolas Pepe untuk segera menyesuaikan diri dengan tekanan supaya pemain sayap itu bangkit daripada permulaan kurang meyakinkan di England. Bintang Ivory Coast itu menyertai Arsenal dari Lille pada musim cuti lalu namun Pepe gagal menyinar bersama The Gunners. Pemain berusia 24 tahun itu meledak 22 gol bersama Lille musim lalu dan menjadi mangsa kritikan selepas gagal beraksi cemerlang ketika terikat 1-1 dengan Manchester United.…










