ABU DHABI, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) – Kakitangan Lapangan Terbang Abu Dhabi terkejut melihat pasport seorang lelaki yang berada di sebuah terminal di sana kerana menunjukkan dia berusia 123 tahun, lapor akhbar Daily Mail kelmarin. Pasport Swami Sivananda menyatakan bahawa warga emas itu dilahirkan pada 8 Ogos 1896 di Behala, India. Sekiranya maklumat itu terbukti benar, Swami ialah manusia paling tua di dunia yang masih hidup. Ketika kejadian baru-baru ini,…