PUTRAJAYA 1 Okt. – Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia (JPSM) dijangka dapat dilaksanakan dalam tempoh dua tahun lagi. Mujahid Yusof memotong riben merasmikan Persidangan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia Kali Pertama Tahun 2019 di Putrajaya hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, penubuhan JPSM mengambil masa yang panjang disebabkan perlu mendapat kelulusan di peringkat negeri-negeri dan Majlis Raja-Raja. Beliau berkata, penubuhan JPSM kelak akan membolehkan…










