SEREMBAN – Kelicikan seorang lelaki yang memperdayakan seorang ahli perniagaan sehingga mangsa kerugian RM650,000 semata-mata untuk mendapatkan darjah kebesaran daripada Tuan Yang Terutama (TYT), Yang di-Pertua Negeri Melaka membawa padah apabila dia didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam. Tertuduh, Tuan Mochtar Tuan Abdul Malek, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Diana Md. Razali. Mengikut pertuduhan, Tuan Mochtar didakwa memperdayakan Lim Siang…










