JOHOR BAHRU – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menjelaskan, tindakan seorang wanita yang mencedok air longkang dipercayai untuk kegunaan mencuci pinggan dan memasak yang tular baru-baru ini adalah salah anggap. Datuk Bandar MBJB, Datuk Amran A. Rahman berkata, pihaknya yang melakukan siasatan pada 29 September lalu berhubung insiden tersebut mendapati, air yang dicedok oleh penjaja terbabit ialah air daripada sumber paip yang pecah. “Air tersebut merupakan air paip dari syarikat…










