KUALA LUMPUR 7 Okt.- Polis akan memanggil pengusaha kedai aksesori dan bengkel kenderaan yang dikenal pasti menjual atau terlibat dengan pengubahsuaian kenderaan yang melanggar undang-undang. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, tindakan itu diambil bagi menasihatkan mereka agar tidak terlibat dengan kegiatan berkenaan. Katanya, ini kerana dengan wujudnya kedai aksesori dan bengkel yang menawarkan perkhidmatan itu menyebabkan pengguna lebih cenderung melakukan kesalahan jalan raya. “Antara kesalahan yang sering…









