KUALA LUMPUR 3 Okt – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah menjalankan pemeriksaan dan ujian kualiti air ke atas 842 aduan air berbau daripada keseluruhan 952 aduan yang diterima daripada pengguna sejak 29 Sept lepas. Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Air Selangor Abdul Raof Ahmad berkata, berdasarkan ujian in-situ (ujian pensampelan ditapak) ke atas 842 aduan itu mendapati air yang dibekalkan adalah selamat digunakan dan mematuhi piawaian…










