KOTA KINABALU – Seorang pembantu tadbir di Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Kota Kinabalu dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan menerima suapan wang tunai RM1,290 pada Januari 2017. Tertuduh, Roslan Bior, 39, mengaku bersalah di hadapan Hakim Abu Bakar Manat selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya oleh jurubahasa mahkamah. Mengikut kertas pertuduhan, Roslan menerima untuk dirinya wang tunai RM1,290 daripada Naimah Makah…










