Setiap kali masuk padang, Mohamad Amirul Arif Mahadhir, 26, perlu peka dengan bunyi loceng yang berada pada bola dan arahan jurulatih. Tersilap langkah, ia akan memberi peluang kepada pihak lawan mendapatkan bola dan menjaringkan gol. “Kami tidak dapat melihat jadi perlu peka dengan arahan jurulatih dan paling penting berinteraksi dengan rakan pemain melalui suara ketika membuat hantaran bola. “Pada mulanya agak sukar, malah mengambil masa beberapa bulan untuk mahir, namun…










