KUALA KANGSAR 8 Okt. – Seorang lelaki maut setelah lori yang dipandunya dilanggar sebuah treler di Kilometer 256, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 11.50 pagi itu, mangsa, Aminordin Basiron, 58, yang tersepit dalam kenderaan mengalami kecederaan parah dan maut di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, kemalangan berlaku apabila lori muatan ubi keledek dipandu mangsa dilanggar sebuah treler yang tidak dikenal pasti di lorong kanan lebuh raya. Katanya, pelanggaran itu menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan sebelum melanggar belakang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya