KUALA TERENGGANU – Sekumpulan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang ditularkan di dalam media sosial berada di sebuah kuil Hindu di bandar raya ini sebenarnya terlibat dalam aktiviti kajian lapangan bagi kursus Agama dan Masyarakat. Ketua Pusat Pengajian Antropologi dan Dakwah, UniSZA, Mohamad Hafis Amat Simim berkata, pelajar terbabit merupakan jurusan Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) yang ditugaskan membuat penyelidikan berhubung praktis agama dan juga kepercayaan masyarakat. Beliau berkata,…










