DOHA 7 Okt. – Atlet Amerika Syarikat (AS), Nia Ali merangkul pingat emas dalam acara 100m lari berpagar wanita di Kejohanan Olaharaga Dunia sekali gus membuatkan Keni Harrison terpaksa menunggu lebih lama untuk meraih kejuaraan utama dalam kariernya. Ali menampilkan larian bertenaga dengan mendahului perlumbaan selepas 50m untuk muncul juara dengan catatan terbaik peribadi 12.34s di Stadium Khalifa. Dia kemudiannya meraikan kejayaan dengan larian sepusingan di dalam stadium bersama dua…









