KUALA LUMPUR 3 Okt. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan segala tindakannya berpaksikan kepada Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA) Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dilancarkan hari ini. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, DKKA berkenaan menjelaskan lagi hala tuju yang seharusnya diikuti oleh PDRM selain kesemua enam teras yang digariskan oleh DKKA ini memerlukan penglibatan aktif warga PDRM. “Saya dan warga PDRM amat berpuas hati…










