KUALA LUMPUR – Tiada sebab untuk kerajaan mengembalikan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan peralihan sistem cukai yang kerap hanya memberi kesan buruk kepada ekonomi negara. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, perubahan sistem percukaian tidak wajar dibuat terlalu kerap kerana ia akan mengurangkan keyakinan pelabur dan memberi imej yang kurang baik. “Banyak jenis cukai yang diperkenalkan, GST diperkenalkan dan banyak rintihan oleh rakyat kerana mereka perlu membayar…










