IPOH 6 Okt. – Sebanyak 18 mat rempit ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan yang digempur sekitar Jalan Jelapang dan Jalan Pasir Puteh dekat Station 18 di sini, awal pagi ini. Operasi selama enam jam bermula pukul 1 pagi itu disertai dua pegawai dan 16 anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ipoh. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintenden Zakaria Abd. Rahman berkata, terdapat beberapa motosikal didapati…










