Remaja ditemukan lemas selepas mandi bersama dua rakan

Remaja ditemukan lemas selepas mandi bersama dua rakan

china
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang remaja lelaki lemas ketika mandi bersama dua rakannya di Sungai Langat berhampiran Kampung Rantau Panjang, Batu 14, di sini hari ini.

Mangsa, Muhamad Arif Asyraf Zaiful Anuar, 14, dikatakan pergi ke sungai berkenaan bersama rakannya sebelum kejadian berlaku kira-kira pukul 1 petang tadi.

Difahamkan, mangsa dipercayai mandi di kawasan air sedalam paras leher sebelum dihanyutkan arus ke kawasan yang lebih dalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, rakan mangsa, Daniel Fakhri Rino Eka Putra membuat laporan polis sebelum pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.57 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi bersama bot fiber bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

“Anggota tiba di lokasi kira-kira pukul 3.37 petang sebelum operasi pencarian di permukaan air segera dilakukan.

“Mangsa ditemukan kira-kira pukul 4.02 petang pada jarak dua kilometer dari lokasi dia dipercayai lemas,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Ahmad Mukhlis berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan kira-kira pukul 4.06 petang sebelum diserahkan kepada pihak polis. 

Jelasnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Ampang untuk tindakan lanjut.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN