MARANG 3 Okt. – Pelaksanaan operasi bersepadu, Op Naga bagi mengekang aktiviti pencerobohan nelayan asing di perairan tanah air dijangka dapat mengurangkan kerugian kecurian hasil laut berjumlah RM6 bilion yang dihadapi negara ketika ini kepada RM3 bilion. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, sasaran itu boleh dicapai dalam tempoh beberapa tahun lagi melalui tindakan penguatkuasaan tegas terhadap nelayan asing dan tidak berkompromi dengan mana-mana pemilik bot…










