SEREMBAN – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang dikhuatiri menjadi mangsa culik di Kampung Ismail, Ampangan dekat sini petang semalam ditemui dalam keadaan selamat di Stadium Selayang, Selangor pagi ini. Lelaki warga emas yang mengalami masalah lembam dan pertuturan itu ditemui oleh seorang pemandu perkhidmatan e-hailing di sekitar stadium itu kira-kira pukul 10 pagi ini. Salah seorang ahli keluarga lelaki OKU tersebut, Mohd. Ridhuan Nor Hashim, 33, berkata, bapa…










