JASIN: Tiga individu termasuk seorang wanita berusia 22 tahun ditahan polis selepas dipercayai memiliki senjata api dan peluru tanpa lesen dalam serbuan di sebuah rumah di Bemban di sini, semalam. Dalam operasi kira-kira pukul 5.30 petang itu, dua lagi suspek lelaki masing-masing berusia 54 dan 45 tahun ditahan bersama selaras shotgun berwarna coklat, penghadang tangan senjata api, tali pinggang peluru dan sarung senjata api. Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee…










