SEBERANG PERAI – Seorang wanita warga emas di Kepala Batas di sini kerugian sebanyak RM8,350 selepas terpedaya dengan kata-kata manis kekasih alam mayanya semalam. Mangsa berusia 70 tahun itu terjerat dalam sindiket Love Scam tersebut selepas berkenalan dengan lelaki yang mendakwa bekerja sebagai doktor di Amerika Syarikat menerusi laman sembang Twoo pada Ogos lalu. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, ‘doktor’ itu telah memberitahu…










