KUALA LUMPUR – Pelakon Natasha Hudson kembali bergelar janda apabila bercerai talak satu dengan ahli perniagaan, Noor Nashiq Sekanor yang merupakan perkahwinan keempatnya. Enggan mendedahkan punca perceraian secara terperinci, Natasha, 36, bagaimanapun berkata, bahtera perkahwinan yang dibina sejak Disember tahun lalu itu dipenuhi penipuan dan banyak penderaan mental. “Ya, saya sudah bercerai beberapa bulan lalu. Bercerai secara baik. “Saya salah bimbingan dan dimanipulasi dengan banyak penipuan sepanjang perkahwinan. Terlalu banyak…










