BOLEH dikatakan hanya Pusat Wanita dan Kanak-kanak Rohingya di Kem Kutupalong, Coxs Bazar dibenarkan dibangunkan semula dalam bentuk binaan kekal. Kebenaran diberikan oleh kerajaan Bangladesh itu baru-baru ini besar kemungkinan berikutan kejayaan pusat tersebut menyantuni wanita dan kanak-kanak etnik berkenaan sejak beroperasi penghujung 2017. Pusat yang dikendali sepenuhnya oleh Humanitarian Care Malaysia (MyCare) bersama rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan itu menyediakan latihan kemahiran menjahit dan asas pendidikan rendah. “Kebenaran…










