SUNGAI PETANI 6 Okt. – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) berharap kerajaan dapat meluluskan permohonan peruntukan berjumlah RM800 juta untuk kesemua input padi subsidi secara sekali gus bagi Belanjawan 2020 nanti berbanding mengikut musim, tahun ini. Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Nafas, Datuk Phahrolrazi Mohd. Zawawi berkata, pada Belanjawan tahun lepas, kerajaan hanya meluluskan peruntukan kira-kira RM450 juta bagi musim pertama sahaja yang menyebabkan pihaknya terpaksa memohon sekali lagi untuk tambahan…









