KUALA LUMPUR 2 Okt. – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan beliau tidak membuat apa-apa tuduhan mahupun dakwaan fitnah berhubung isu penjualan ekuiti Tabung Haji bernilai RM2.6 bilion. Beliau berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof sepatutnya tampil memberikan penjelasan mengenai berita penjualan ekuiti tersebut yang dilaporkan di muka hadapan Utusan Malaysia pada 30 September dan portal The Malaysian Reserve 27 September…










