KUALA LUMPUR 3 Okt. – Malayan Banking Bhd (Maybank) sekali lagi dinamakan sebagai bank paling selamat di Malaysia oleh majalah kewangan bulanan, Global Finance, sebagai sebahagian daripada kaji selidik eksklusifnya yang akan diterbitkan dalam keluaran November 2019. Selain daripada Maybank, DBS Bank dari Singapura, Bank Islam Brunei Darussalam Brunei dan Bank Central Asia Indonesia juga berada dalam senarai bagi rantau Asia. Bank-bank itu dipilih menerusi penilaian penarafan mata wang asing…










